YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama YBhg. Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan dan menyampaikan laporan terkini berkenaan Karnival Kerjaya My Future Jobs Keluarga Malaysia yang akan diadakan pada 4 Disember 2021 bertempat di Dewan Besar, Paya Besar, Pahang.
Melalui Bajet 2022, salah satu inisiatif Kerajaan adalah dengan memperkenalkan Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang menyasarkan penciptaan sebanyak 600,000 peluang pekerjaan.
Terdapat sebanyak 4,500 jawatan kosong akan ditawarkan oleh 28 buah syarikat yang akan menyertai karnival tersebut.