Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Ketua Pengarah JKDM & Akauntan Negara Malaysia

Sesi Pertemuan Bersama Ketua Pengarah JKDM & Akauntan Negara Malaysia

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Dato’ Anis Rizana Zainudin, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Puan Nor Yati Ahmad, Akauntan Negara Malaysia yang telah dilantik baru-baru ini. Turut bersama beliau, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Beliau menyeru kepada syarikat korporat dan swasta untuk menyahut sasaran Kerajaan yakni sekurang-kurangnya 30% dari kalangan wanita sebagai pembuat keputusan atau ahli lembaga pengarah syarikat tercapai. Peratusan di sektor swasta masih rendah berbanding sektor awam yang kini melebihi sasaran iaitu 38%, setakat Februari lalu.

Wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam menyumbang kepada kemajuan negara seiring dengan prinsip Malaysia MADANI dan ia mesti diperteguh dengan langkah dan tindakan yang mencakup persoalan ini secara tuntas.

Arkib Foto

Logo Accessibility