YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sesi pertemuan dengan komuniti pelabur bon dari United Kingdom dan Eropah untuk berkongsi situasi ekonomi Malaysia yang kian bertambah baik menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif pemulihan dan pertumbuhan.

Beliau juga berkongsi mengenai komitmen Kerajaan terhadap agenda konsolidasi fiskal serta visi kelestarian yang telah diterapkan melalui pelbagai langkah di dalam #Bajet2022.
![]() |
![]() |
![]() |
Untuk makluman, pasaran bon Ringgit menunjukkan permintaan yang menggalakkan daripada pelabur asing. Sepanjang tahun 2021, sejumlah RM33.6 bilion aliran masuk bersih telah direkodkan, di mana 95 peratus adalah untuk MGS dan MGII. Yang sama penting, pegangan asing dalam bon Kerajaan Malaysia kian mencecah RM241 bilion atau 25.5 peratus daripada jumlah terbitan bon Kerajaan.
