Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan bersama Menteri Ekonomi

Sesi Pertemuan bersama Menteri Ekonomi

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah bertemu dengan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi.

Perbincangan antara dua menteri tersebut tertumpu kepada rencana pelaksanaan Belanjawan 2024.

Kerjasama antara Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Ekonomi adalah amat penting untuk kesejahteraan ekonomi negara dengan menyusun perbelanjaan Kerajaan ke arah pertumbuhan.

Namun begitu, dengan kekangan dari sudut ekonomi global dan kewangan negara, MOF dan Kementerian Ekonomi perlu menyusun rancangan perbelanjaan ini dengan rapi dan sekali gus melestarikan struktur fiskal Kerajaan.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah dan YB Rafizi telah menyatakan komitmen mereka untuk menjayakan visi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat yang menekankan nilai integriti tinggi demi kesejahteraan rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility