YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan telah mengadakan pertemuan dengan Encik Scott Morris, Naib Presiden ADB (East and Southeast Asia, And The Pacific) di Tbilisi, Georgia.

Bank Pembangunan Asia (ADB) telah diasaskan pada tahun 1966 dengan objektif untuk mengurangkan kemiskinan di rantau Asia Pasifik dan untuk menggalakkan kemajuan sosial dan ekonomi negara-negara anggota.

Malaysia menyertai ADB pada 1966 sebagai ahli pengasas dan merupakan pemegang saham ke-10 terbesar ADB dan Malaysia ditempatkan dalam constituency yang terdiri daripada Brunei Darussalam, Myanmar, Singapura, Thailand dan Nepal.
Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Scott Morris dan pengurusan ADB pada Mesyuarat Tahunan ADB ke-57 kali ini.