YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah bertemu dengan para mahasiswa dari pelbagai institusi pendidikan untuk mendapatkan input untuk dipertimbangkan di dalam Bajet 2023.
Berhubung inisiatif kepada mahasiswa dan anak muda, fokus utama Kerajaan kekal kepada memastikan memastikan kebolehpasaran graduan, memperkasa TVET, serta meningkatkan dan menyelenggara infrastruktur dan kemudahan universiti serta memastikan kebajikan pelajar terjaga.
Turut bersama-sama beliau adalah YBhg. Dato' Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Belanjawan Negara dan Encik Ezleezan Othman, Timbalan Ketua Pasukan Bajet 2023.
Pelbagai cadangan dan idea bernas yang telah diutarakan oleh para mahasiswa dalam sesi tersebut. Beliau dan #TeamMOF akan meneliti setiap pandangan semua untuk dipertimbangkan dalam #Bajet2023.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.