YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan pelbagai pihak bermula waktu pagi hingga malam untuk sesi perbincangan berkenaan pendapat dan isu-isu semasa di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Hal ini kerana jadual beliau amat padat dengan sesi libat urus #Bajet2022 sebelum ini.
Pelbagai pandangan dan cadangan yang diutarakan kepada beliau untuk membangunkan negara dengan lebih maju.
Beliau akan berusaha semampu mungkin untuk meluangkan masa kepada sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengan beliau dan beliau akan mengaturkan masa yang sesuai untuk sesi pertemuan pada masa akan datang.