YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan dan YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri telah bertemu dengan pemain-pemain industri perubatan yang bernaung di bawah payung Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI) di B Braun Medical Industries Sdn Bhd, Pulau Pinang.

Menerusi sesi konsultasi #Bajet2023, selain daripada memaklumkan hala tuju bajet tahun ini, beliau juga telah mendengar dan meneliti cadangan serta soalan daripada mereka bagi memastikan semua pihak memahami antara satu sama lain dan mencapai persefahaman tentang visi Kerajaan dan hasrat pemain industri.

#TeamMOF pastinya akan meneliti dengan lebih mendalam cadangan dan saranan dan beliau berharap industri tersebut dapat terus berkembang lebih pesat agar ekonomi #KeluargaMalaysia sentiasa dapat bertambah baik.
