YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Persatuan Percetakan Melayu Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Sepanjang sesi tersebut, mereka turut berkesempatan berbincang berkenaan keadaan industri percetakan semasa dan keadaan pemain-pemain industri yang turut terkesan dengan pandemik COVID-19.
Kementerian Kewangan sentiasa komited untuk membantu para pemain industri tempatan dalam terus bangkit semula dengan pelbagai inisiatif yang telah dan akan diberikan pada masa akan datang.