YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Encik Mohd Nozlan Khadri, Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Puan Farina Adam Khong, Timbalan Pengarah Jabatan Ekonomi BNM untuk sesi penerangan yang mendalam berkenaan prestasi ekonomi bagi Suku Keempat Tahun 2021.
Walaupun berhadapan dengan ancaman varian Omicron serta bencana banjir di Lembah Klang dan beberapa negeri lain pada Disember 2021, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku keempat 2021 (S4 2021), berbanding penguncupan sebanyak 3.4 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.
Pemulihan ekonomi pada tahun 2021 akan menyokong KDNK Malaysia agar kembali ke paras prapandemik. #TeamMOF akan berusaha sehabis baik dalam memastikan kesejahteraan rakyat terjaga serta ekonomi negara dapat diperkukuh dari masa ke semasa.