YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Puan Jasmina Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Rangkuman Kewangan (DFINC) Bank Negara Malaysia (BNM), Puan Suhaila Shaari, Pengurus DFINC BNM dan Encik Kamarul Rozman Noordin, Penolong Pengurus Besar Jabatan Pengguna dan Pelabur, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pertemuan tersebut telah diadakan untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung program-program Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) yang telah dan akan dijalankan.
Beliau berhasrat dengan pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh FEN akan dapat menyalurkan maklumat, mendidik dan menyokong keluarga Malaysia dalam memantapkan pengurusan kewangan.
Harapan beliau juga adalah supaya kita semua akan mendapat manfaat dari program-program FEN dan terus memperkasa amalan perancangan kewangan dengan lebih tersusun seterusnya membina daya ketahanan kewangan yang lebih tinggi demi kesejahteraan kita bersama.