Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Pertemuan Bersama Pihak DOSM Negeri Melaka & Negeri Sembilan

Sesi Pertemuan Bersama Pihak DOSM Negeri Melaka & Negeri Sembilan

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan Pasukan Bajet 2023 telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Puan Mazreha, Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Melaka dan Encik Mohd Sawal, Pengarah DOSM Negeri Sembilan untuk mendengar taklimat dan mendapatkan maklum balas berkenaan keadaan terkini berhubung sosioekonomi negeri Melaka dan negeri Sembilan bagi persediaan untuk Jelajah #Bajet2023 yang akan diadakan ke negeri-negeri tersebut pada 15 hingga 16 September 2022.

Pelbagai isu dan dapatan yang beliau terima dan adalah amat penting untuk pihak Kementerian Kewangan mencari solusi dalam merancang #Bajet2023 yang akan dibentangkan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh pasukan DOSM kerana telah memberikan informasi dan data yang jelas bagi memudahkan perancangan #Bajet2023.

#TeamMOF akan sentiasa mengambil kira segala permasalahan rakyat di peringkat akar umbi agar bajet kali ini akan menjadi sebuah bajet yang inklusif dan menyentuh pelbagai lapisan masyarakat.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility