YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dan YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri dalam pertemuan bersama TYT Lawrence Wong, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Singapura.
Sesi pertemuan tersebut telah membuka peluang untuk berbincang dengan lebih dekat mengenai hubungan erat Malaysia-Singapura, di samping langkah-langkah ke hadapan dalam memperkuatkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara.

Kekuatan silaturahim Malaysia dan Singapura yang saling tidak tumpah seperti adik-beradik pastinya menguntungkan rakyat dan ekonomi kedua-dua negara. Semoga hubungan sebegini terus diperkasa dengan lebih banyak kerjasama ekonomi bagi menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan #KeluargaSingapura.