YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) serta YB Dato’ Haji Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Luar Negeri bagi menerima TYT Sameh Hassan Shoukry, Menteri Luar Negara Mesir, pada sesi pertemuan makan malam. ⠀

Kunjungan TYT Sameh Hasan Shoukry sebagai antara wakil tertinggi Kerajaan Mesir, mencerminkan keutuhan hubungan Malaysia-Mesir, terutamanya dari segi kerjasama ekonomi serta perdagangan. Hubungan yang telah diperkuatkan setelah sekian lama akan terus diperkasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.