YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan pertemuan bersama YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak dan delegasi Kerajaan Negeri Perak.

Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri Perak akan terus diperkukuh terutamanya dalam aspek pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri Perak.
