YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan anak-anak muda Gua Musang yang terdiri daripada usahawan, penjawat awam, geng motor, geng kereta, orang asli, FELDA, para pelajar tingkatan 6 dan para sukarelawan untuk mendapatkan input serta informasi untuk Bajet 2023.
Banyak idea serta pandangan yang menarik daripada mereka yang boleh dipertimbangkan untuk Bajet 2023.
Suara anak muda adalah suara yang perlu didengar memandangkan mereka adalah aset negara yang bakal menentukan masa depan sesebuah negara.
#TeamMOF akan meneliti semua cadangan dan pandangan untuk dimasukkan dalam Bajet2023.