YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dengan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Terengganu dan Kelantan bagi mendapat gambaran awal terhadap demografi serta prestasi sosioekonomi di kedua-dua negeri Pantai Timur tersebut.
Beliau amat berpuas hati kerana telah mendapat penerangan yang jelas dan banyak informasi baharu berkenaan ekonomi di kedua-dua buah negeri yang beliau peroleh.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak DOSM Terengganu dan Kelantan kerana memudahkan kerja beliau untuk ‘engage’ secara mikro Jelajah Bajet 2023 di Pantai Timur.