YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan belia di Sarawak dalam sesi libat urus.
Sesi tersebut dihadiri oleh belia dari Murun, Tubau, Jepak, Tanjung Batu dan Kemena. Dengan komposisi belia yang merangkumi wakil dari sektor sukan, pelancongan, ekonomi, keusahawanan, sukan e-sports dan lain-lain.
Mereka yang hadir turut berkesempatan membangkitkan isu-isu berkenaan peruntukan kepada belia bagi #Bajet2023 dan isu perbankan serta fasiliti di Sarawak.
Seiring dengan hasrat #Bajet2023, beliau turut berkongsi beberapa maklumat berkenaan bajet sebelum ini yang banyak disalurkan bagi pembangunan kepada aspek pendidikan dan pembangunan fasiliti. Kerajaan mengambil kira semua negeri dalam pemberian bagi #Bajet2023.