YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berjumpa dalam sesi pertemuan dengan golongan mahasiswa di Sarawak.
Antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan peruntukan pakej internet untuk mahasiswa, kos sara hidup bagi pelajar dan penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan.
Di samping itu, selaras dengan objektif #Bajet2023 memperkukuh sistem penyampaian Kerajaan, beliau turut berkesempatan turun padang ke Kolej Laila Talib, Sibu untuk menyampaikan penerangan berkenaan isu-isu ekonomi dan rasional tindakan Kerajaan.
Beliau yakin bahawa Kerajaan sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat. Beliau dan #TeamMOF akan menyusun dan mempertimbangkan semua keperluan mengikut keutamaan.