YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bertemu dengan Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor dan juga Presiden University of Technology (UTS) Sarawak bagi sesi bertukar pendapat, berkongsi input serta idea dalam membangunkan sosioekonomi rakyat Malaysia dan khususnya Negeri Sarawak.

Terima kasih beliau ucapkan kerana sudi berjumpa dengan beliau. Segala input dan pengetahuan yang dikongsikan akan beliau gunakan sebaik mungkin untuk membangunkan negara secara holistik.