Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Program YES Bersama Para Mahasiswa

Sesi Program YES Bersama Para Mahasiswa

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama para mahasiswa untuk program Youth, Economy, Sustainability (YES) yang telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

Hasrat utama beliau melalui program tersebut adalah membuka minda mahasiswa dan belia negara tentang tiga elemen penting yang akan menjadi antara panduan untuk para pelapis masa depan negara.

Sepanjang sesi perjumpaan, semuanya berjalan lancar dan secara tidak langsung beliau dapat menyelami situasi yang sedang berlaku. Contohnya seperti golongan artis solek yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang berlarutan selama 2 tahun sehingga ada yang di antara mereka terpaksa gulung tikar.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai-pegawai Kementerian Kewangan yang hadir dalam sesi tersebut antaranya Encik Leonard Wilfred Yussin, Timbalan Setiausaha Bahagian Cukai (Cukai Langsung Dan Antarabangsa), Encik Mohd Talal Abu Bakar, Ketua Pegawai Ekonomi Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Encik Muhammad Syah Ab Raub, Penolong Pengarah Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Encik Mahussin Jusoh, Pasukan Bajet 2022, Cik Ainul Mardiah, Pasukan Bajet 2022 dan Encik Ahmad Faisal Rozimi, Senior Economist, Jabatan Ekonomi, Bank Negara Malaysia.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility