YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan sidang media bersama YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berkenaan penambahbaikan pelaksanaan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.

Rangkaian 5G dijangka akan meliputi 80 peratus kawasan berpenduduk negara menjelang tahun 2024. Pelaksanaan 5G juga akan memacu transformasi sosio-ekonomi negara dan ini dianggarkan akan menyumbang sebanyak RM650 bilion kepada nilai KDNK sehingga tahun 2030.

Harapan beliau agar pelaksanaan rangkaian 5G tersebut dapat merapatkan 'jurang digital' bandar-luar bandar bagi membolehkan kesemua #KeluargaMalaysia menikmati perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti tinggi.
