Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Soal Jawab YB Menteri Kewangan di Parlimen Malaysia

Sesi Soal Jawab YB Menteri Kewangan di Parlimen Malaysia

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menjawab soalan daripada YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) sewaktu Sesi Pertanyaan Menteri berkenaan bidang kuasa pihak bank untuk menutup akaun pengguna secara serta-merta serta langkah-langkah yang diambil sebelum akaun ditutup.

Ringkasan jawapan beliau adalah seperti berikut:

  • Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan garis panduan dan amalan terbaik yang boleh diguna pakai oleh pihak bank;

  • Secara am, pihak bank boleh mengenakan sekatan ke atas akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun atau aktiviti jenayah, tertakluk kepada terma dan syarat yang dipersetujui semasa pembukaan akaun;

  • Sekiranya terdapat kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara, berdasarkan analisa yang dijalankan oleh pihak bank;

  • Langkah penutupan akaun hanya diambil setelah pelaksanaan penilaian yang menyeluruh telah dilakukan dan setelah memberi notis dalam tempoh yang munasabah kepada pelanggan.

Arkib Foto

Logo Accessibility