YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan meluangkan masa bersama Ahli-Ahli Parlimen Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KMBBC) untuk sesi taklimat mengenai #Bajet2022. Sesi sebegini amat penting kerana selain memberi penjelasan lanjut tentang Bajet 2022, ia juga adalah satu ruang untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan Ahli-ahli Yang Berhormat agar maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada rakyat. ⠀


Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas kesudian meluangkan masa pada sesi tersebut.


Untuk maklumat lanjut mengenai manfaat #Bajet2022, orang ramai boleh melayari di laman sesawang seperti berikut: budget.mof.gov.my/manfaat