YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Khazanah Megatrends Forum untuk sesi "Innovation Without Borders" bagi mendengar pelbagai perkongsian pengalaman, ilmu dan pendapat-pendapat daripada para penceramah.
Para penceramah yang dijemput merupakan individu yang telah membuat sebuah inovasi yang boleh dikatakan merubah dunia ke arah yang lebih maju dari pelbagai bidang seperti astrologi, kesihatan, telekomunikasi, automotif dan juga sekuriti makanan.
Bagi beliau, perkongsian sebegini sangat menarik dan membuka mata kerana penemuan mereka dalam bidang masing-masing telah mencapai ke tahap antarabangsa dan juga telah dijadikan penanda aras kepada negara-negara membangun serta negara-negara maju.
Walaupun pelbagai rintangan melanda, tetapi keupayaan mereka untuk mengatasi cabaran dan membuat sebuah inovasi yang menjadi titik permulaan kepada idea baharu harus dicontohi.
Antara mereka juga merupakan Anak Malaysia yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Beliau berharap agar Malaysia berupaya melahirkan lebih ramai lagi "virtuoso" dalam pelbagai bidang terutamanya bidang STEM.