YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri taklimat berkenaan program JobStart Philippines, kerjasama antara Asian Development Bank (ADB) dengan kerajaan Filipina untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara tersebut.

Program sebegini bukan sahaja membantu golongan belia Filipina mendapat pekerjaan, tetapi juga diberikan latihan untuk mengasah kemahiran mereka.

Beliau juga berkesempatan mendengar testimoni daripada peserta-peserta program tersebut dan sememangnya program sebegini memberi manfaat terutamanya buat golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau amat berminat dengan pelaksanaan program tersebut dan beliau berpendapat bahawa ia boleh diaplikasikan di Malaysia.

Beliau akan mendapatkan perincian program tersebut dan berharap agar dapat dilaksanakan di Malaysia serta sekali gus memanfaatkan anak-anak muda di Malaysia.