Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat Bersama Bahagian Antarabangsa & Bahagian Pelaburan Strategik

Sesi Taklimat Bersama Bahagian Antarabangsa & Bahagian Pelaburan Strategik

Tinjauan dan sesi taklimat YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II berkisar kepentingan menjalinkan hubungan dengan sektor swasta dan institusi-institusi negara luar tanpa mengorbankan sifat-sifat integriti dan amanah yang digalas.

Dalam hal ini, Bahagian Antarabangsa Kementerian Kewangan (MOF) memainkan peranan penting sebagai titik perhubungan Malaysia dengan institusi-institusi kewangan global. Negara ini perlu mempertingkatkan ketelusan dan tatakelola bagi mengekalkan keyakinan pelabur serta mengembangkan aliran modal dari luar negara.



Semasa taklimat dengan Bahagian Pelaburan Strategik pula, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah telah melunaskan cadangan-cadangan beliau untuk projek-projek bersifat mesra rakyat dan mampu menjana hasil positif bersih kepada ekonomi. Dalam mengejar aspirasi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Bahagian Pelaburan Strategik memainkan peranan penting untuk mengurus pembiayaan dan pelaburan projek-projek pembangunan untuk kemajuan negara serta kesejahteraan rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility