Sesi Taklimat Pejabat Belanjawan Negara (NBO) kepada YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan yang baharu telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Belanjawan Negara.
Taklimat ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan pegawai-pegawai Pejabat Belanjawan Negara. Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Pengarah Belanjawan Negara.
Antara intipati taklimat adalah berkaitan fungsi dan peranan NBO sebagai penyedia belanjawan negara dalam memastikan pengagihan dan penggunaan peruntukan kewangan kepada semua agensi secara teratur, cekap dan berkesan selaras dengan dasar-dasar negara.
Selain itu, sesi penerangan mengenai proses penyediaan Belanjawan Tahunan turut disampaikan serta isu-isu yang sering dibangkitkan di peringkat agensi/ kementerian/Parlimen.