Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menghadiri sesi taklimat di Pejabat MRT Corp.
Beliau sempat menaiki tren MRT dari Stesen Semantan ke Stesen Muzium Negara untuk melihat sendiri pematuhan SOP penjarakan sosial di tren dan ruang peniagaan di stesen MRT.
Kerja-kerja pembinaan MRT 2 (laluan Sg Buloh - Serdang - Putrajaya) juga telah mula beroperasi kembali mengikut jadual dan SOP penjarakan sosial. Sama-sama kita nantikan MRT 2 yang dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2023. Fasa 1 (kawasan Damansara - Kampung Batu) akan mula beroperasi pada pertengahan 2021.
Projek MRT akan menjadi tulang belakang kepada sistem pengangkutan awam di kawasan Lembah Klang.



