Select your language
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Sesi Dialog Bersama Penggiat Industri Pelancongan, Seni dan Budaya, Wakil-Wakil Agensi dan Kerajaan Negeri di Muzium Negeri Terengganu untuk mendapatkan input dalam memperkasakan industri penting Terengganu.
Beliau juga turut melihat sendiri satu tarikan baru, iaitu Muzium Hidup Kampung Budaya, sebuah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memartabatkan dan memelihara budaya rakyat Terengganu. Selain mendidik pelancong tentang keunikan budaya kita, ia juga merupakan satu cara untuk menentukan pelaburan Kerajaan di dalam infrastuktur pelancongan mencapai pulangan yang baik bagi kelestarian ekonomi kita.





