Sesi taklimat mengenai Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 (RUUPK 2025) telah diadakan di Parlimen Malaysia khusus untuk Ahli Dewan Negara. Sesi ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan taklimat disampaikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Sesi taklimat ini bertujuan untuk memberikan penerangan yang lebih mendalam mengenai kandungan dan objektif penggubalan RUUPK 2025. Rang Undang-undang ini digubal bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan Kerajaan serta mewujudkan satu kerangka perundangan yang kukuh bagi mengawal selia proses perolehan sektor awam.
Selain itu, RUUPK 2025 juga memperincikan kuasa-kuasa pihak yang berkepentingan di bawah Akta ini serta mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang jelas bagi memastikan tadbir urus yang baik selaras dengan amalan terbaik antarabangsa.
Pelaksanaan undang-undang ini diharap dapat memperkukuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem perolehan Kerajaan serta memastikan setiap perbelanjaan awam dilakukan secara berhemah, telus dan bertanggungjawab.