Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat Mengenai RUUPPW

Sesi Taklimat Mengenai RUUPPW

YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (BBC) dan semua YB yang telah menyertai sesi taklimat mengenai Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang (Pindaan) 2024 (RUUPPW) yang diadakan oleh Kementerian Kewangan.

Ini adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan sektor perniagaan perkhidmatan wang (PPW) di negara kita. RUUPPW membincangkan pelbagai aspek termasuk perniagaan pengiriman wang, pengurupan wang dan perniagaan mata wang borong.

Penambahbaikan kepada APPW adalah perlu bagi membanteras aktiviti Hawala dengan lebih berkesan. Aktiviti PPW tidak berlesen (Hawala) masih berleluasa dan bersaing rapat dengan transaksi pengiriman wang melalui saluran rasmi. Oleh itu, rangka kerja undang-undang sedia ada perlu diperkukuhkan lagi bagi mencegah penawaran perkhidmatan PPW tidak berlesen dengan lebih berkesan terutamanya dari segi penguatkuasaan.

Memperkukuh perlindungan pengguna juga merupakan aspek penting yang diberi perhatian dalam RUUPPW. Langkah-langkah ini bertujuan untuk mencegah penyalahgunaan industri PPW untuk tujuan pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan atau aktiviti-aktiviti haram lain serta penggunaannya sebagai saluran aliran wang keluar secara haram. Ini akan memastikan perkembangan industri secara lebih tersusun melalui kehendak pelesenan dan pengawalseliaan yang progresif dan bersesuaian.

Sesi taklimat ini juga memberikan peluang untuk memperhalusi pendekatan penguatkuasaan sedia ada ke atas pemegang lesen PPW agar ia mencerminkan tahap pematuhan yang semakin bertambah baik sejak APPW diperkenalkan.

Dengan adanya perubahan ini, diharapkan akan memberi peluang lebih besar kepada para usahawan dan pelaku perniagaan dalam industri ini untuk berkembang dan berinovasi. Sokongan dan usaha dari para ahli Parlimen sangat penting dalam memastikan keberhasilan pelaksanaan undang-undang ini demi kemajuan ekonomi negara.

Beliau berharap untuk terus berkolaborasi dengan pihak berkepentingan untuk memastikan kerangka undang-undang yang lebih baik bagi memajukan industri perkhidmatan wang kita.

Arkib Foto

Logo Accessibility