Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Taklimat oleh SBM

Sesi Taklimat oleh SBM

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah menerima sesi taklimat daripada Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM).

SBM bertanggungjawab melaksanakan fungsi agensi pusat kepada Badan Berkanun Persekutuan (BBP) bagi urusan berkaitan perkara di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan.

BBP memainkan peranan penting sebagai agensi pelaksanaan visi Kerajaan serta penyedia perkhidmatan kepada sepelusuk pemegang taruh di berbagai industri. Justeru, pengurusan kewangan BBP ini perlu dikawal selia dengan cekap dan penuh integriti agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat serta dapat membantu mengembangkan ekonomi.

Bagi merealisasikan aspirasi reformasi ekonomi dan penambahbaikan tatakelola, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah turut telah berkongsi pengalaman beliau di sektor korporat untuk memperhebatkan proses pemantauan penunjuk aras utama (KPI). Beliau juga telah memberi cadangan kepada SBM bagi membantu BBP mencapai objektif masing-masing.

Aspirasi kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat untuk “Menaikkan Lantai” darjat hidup rakyat memerlukan Kerajaan memberi perkhidmatan awam bertaraf dunia. Walhasil, penyeliaan BBP memerlukan pendekatan yang segar agar memudahkan mereka menjalankan tugas masing-masing sebaik mungkin.

Arkib Foto

Logo Accessibility