YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menghadiri sesi taklimat perdagangan bersama pihak MATRADE.

Beliau amat berpuas hati sepanjang sesi tersebut dan beliau turut telah mendapat input-input berkenaan situasi sebenar tentang sektor import dan eksport negara.

Bagi beliau, aktiviti perdagangan antaranya merupakan pemacu utama yang membolehkan negara kembali ke paras negara maju.

Terima kasih beliau ucapkan kepada Puan Siti Azlina dan Encik Jekatheesh Menon kerana telah memberikan penerangan yang jelas dalam sesi tersebut.
Kementerian Kewangan akan sentiasa peka kepada industri import dan eksport negara serta menyumbang kepada hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dan negara-negara lain.