YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II dan YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri sesi taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Kementerian Kewangan (MOF) kepada Kerajaan Keluarga Malaysia Backbenchers Club (KKM BBC).
Beliau merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Ahli-ahli Parlimen yang hadir dan telah memberikan maklum balas yang bernas sepanjang sesi taklimat tersebut.
Semoga sokongan berterusan sebegini akan dapat diterjemahkan semasa pembentangan akan datang.