Select your language
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah ditemu bual di SquawkBox Asia oleh CNBC mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang disokong oleh usaha-usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Dengan pengeluar yang menjanjikan bekalan vaksin yang semakin meningkat, Kerajaan akan menggandakan usaha vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan sasaran 400,000 dos sehari menjelang bulan Ogos.
Keberkesanan PICK adalah kunci kejayaan pihak Kerajaan dalam usaha mencapai pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara.