Select your language
YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mengadakan satu sesi temu bual dengan pelajar-pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur berkenaan latar belakang beliau dan cabaran menjadi anggota pentadbiran masa kini.

Sepanjang sesi tersebut berlangsung, semuanya berjalan lancar dan beliau turut melahirkan rasa gembira kerana dapat mengadakan sesi sebegini bersama para pelajar.

Doa beliau, semoga para pelajar di luar sana terus cemerlang dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.