YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan ke Astro Awani untuk sesi temubual rancangan baharu iaitu ‘Common Sense’ dan beliau merupakan tetamu pertama yang dijemput ke rancangan tersebut serta telah meluangkan masa lebih sejam dalam perbualan bersama generasi muda.



Bagi beliau, sesi focus group bersama komuniti belia amat istimewa kerana mereka adalah antara yang ‘multi-talented’ dan perkara yang dibangkitkan merentasi pelbagai subjek seperti ekonomi, pekerjaan dan kesejahteraan #KeluargaMalaysia.


Beliau mengakui sememangnya mencabar untuk menjawab isu-isu semasa yang dibangkitkan antaranya topik-topik penuh warna-warni kehidupan seharian seperti gaji minima, pekerjaan, pencukaian, ekologi, pendidikan pengundi, peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), digitalisasi, e-sukan, keusahawanan, ekonomi gig, perniagaan mikro, farm-to-table, pandemik global, kemiskinan haid, penyakit sukar dijumpai, subsidi minyak, kestabilan harga barangan, kosmetik halal dan turut dibincangkan tentang cabaran pembekalan telur itik.