Pilih bahasa anda
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah meneruskan lawatan kerja beliau dengan meninjau pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di Kedai Chop Hing Moh, Semantan.
Lawatan tersebut memberi peluang kepada beliau untuk melihat secara dekat pelaksanaan program yang membantu golongan yang memerlukan mendapatkan barangan keperluan asas menggunakan MyKad.
Dalam lawatan itu, beliau turut melawat reruai SARA serta kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang disediakan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat dan urusan berkaitan bantuan kerajaan.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah juga berkesempatan meninjau operasi kedai runcit serta beramah mesra dengan penerima manfaat bagi mendengar sendiri pengalaman mereka dalam memanfaatkan inisiatif SARA.