Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Di Stesen Petron Taman Tun Dr. Ismail

Sesi Tinjauan Di Stesen Petron Taman Tun Dr. Ismail

YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah turun padang ke Stesen Petron Taman Tun Dr. Ismail untuk sesi penerangan kepada pihak media berkenaan sistem subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Sesi ini turut memperlihatkan demonstrasi mekanisme pembayaran untuk mendapatkan kelayakan BUDI95.

Kementerian Kewangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Petron atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan demonstrasi ini serta kepada semua wakil media yang hadir membuat liputan.

Sesi ini dizahirkan dengan semangat ketelusan Kerajaan MADANI, dengan penekanan kepada kefahaman awam agar rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya pembaharuan di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

Arkib Foto

Logo Accessibility