YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II turun padang untuk meninjau hari pertama sempena pelaksanaan BUDI95 bagi kumpulan penerima Sumbangan Tunai Rahmah di Stesen Petronas Jalan Pohon Batu, Labuan.
Turut hadir YBrs. Encik Azrul Osman Rani, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Dagangan Berhad, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan YBhg. Dato’ Dr. Amiruddin Mohamed, Setiausaha Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan.
Pelaksanaan BUDI95 bermula dengan ATM dan PDRM untuk menikmati harga RON95 yang lebih rendah pada RM1.99 seliter merupakan pengiktirafan Kerajaan kepada peranan mereka menjaga keselamatan negara.
Pada 27 September 2025, lebih 90,000 atau 30% daripada jumlah warga ATM dan PDRM telah menjalankan transaksi BUDI95 di stesen minyak di seluruh negara. Ini melibatkan pembelian RON95 bernilai lebih RM3 juta.
Untuk hari kedua BUDI95, 28 September 2025, penerima Sumbangan Tunai Rahmah seramai 5 juta orang mula menikmati RON95 pada harga RM1.99.