YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah bersama-sama #TeamMOF untuk membuat tinjauan bersama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Sungai Golok persempadanan Malaysia-Thailand.
Beliau juga berkesempatan melihat sendiri barangan rampasan seludup ayam sejuk beku dan turut difahamkan terdapat cubaan sebanyak 6 tan rokok seludup juga berjaya dibanteras oleh pihak JKDM Kelantan.
Tahniah beliau ucapkan di atas kecekapan anggota operasi dan risikan pihak JKDM di lapangan.
Beliau percaya JKDM dan agensi yang terlibat akan sentiasa mempertingkatkan kawalan dan penguatkuasaan di sempadan pintu masuk negara agar aktiviti penyeludupan seumpama ini dapat dibanteras secara menyeluruh.