Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Tinjauan Pelaksanaan Program SARA Di Sabah

Sesi Tinjauan Pelaksanaan Program SARA Di Sabah

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, turut meluangkan masa untuk turun padang meninjau pelaksanaan penggunaan MyKad bagi Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di salah sebuah kedai rakan niaga SARA di Tuaran, Sabah.

Setakat ini, sebanyak 13,500 kedai rakan niaga SARA telah berjaya didaftarkan di seluruh negara, dengan lebih 6,000 daripadanya merupakan kedai runcit kecil. Di Sabah sahaja, terdapat 1,493 kedai runcit yang berdaftar sebagai rakan niaga SARA.

 

Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperluas akses bantuan kepada golongan yang memerlukan, di samping memastikan manfaat SARA dapat dinikmati dengan lebih mudah dan menyeluruh oleh rakyat yang layak.

 

Kerajaan akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan sampai kepada penerima yang berkelayakan bagi membantu mereka mendepani cabaran kos sara hidup.

Arkib Foto