YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan meninjau Projek Agropolitan Pulau Banggi, Sabah yang memberi penumpuan kepada pembangunan komponen petempatan secara bersepadu dan pembangunan komponen ekonomi seperti pembukaan ladang getah bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Komponen-komponen projek yang terlibat adalah penempatan kerja-kerja penyediaan sebanyak 136 unit rumah, surau, jalan, infrastruktur asas dan ameniti sosial serta Ladang Sejahtera iaitu kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan 544 hektar Ladang Sejahtera (tanaman getah).

Bagi Ladang Sejahtera, telah siap pembangunan dan dalam proses penyerahan kepada pihak Kerajaan Negeri Sabah manakala penempatan 100 buah rumah telah siap pembangunan dan sudah diduduki manakala baki sebanyak 36 unit tertangguh pembinaannya kerana terdapat kejadian cerun runtuh di tapak projek.

Projek tersebut bertujuan supaya penduduk, peserta dan golongan miskin di Pulau Banggi mendapat akses kepada keperluan asas, hak sama rata dari segi sumber ekonomi, pemilikan kawalan tanah dan lain-lain.

Beliau akan membawa isu berkenaan pembinaan baki 36 buah rumah dengan pihak yang berkenaan.