YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan meninjau keadaan sempadan Malaysia – Thailand (Betong) di Pengkalan Hulu, Perak.

Penugasan keselamatan dan pemantauan di sempadan yang mempunyai tembok sepanjang 12 kilometer (km) dan pagar kawat duri 11.4 km turut membabitkan agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan (Aksem), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Imigresen (JIM).
![]() |
![]() |
Orang ramai yang ingin memasuki kawasan sempadan perlu melalui sekatan jalan raya (SJR) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit, Pengkalan Hulu, yang turut dibantu Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA).

Antara barang penyeludupan adalah rokok, makanan dan paling popular adalah daun ketum.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada anggota-anggota keselamatan yang berusaha dalam memastikan aktiviti penyeludupan dapat dibanteras.
