YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang untuk bertemu dengan para pengusaha bot dan feri di Pulau Langkawi, Kedah untuk bertanyakan masalah serta cabaran yang mereka hadapi sepanjang pandemik COVID-19 melanda seluruh negara.

Beliau merumuskan bahawa sebanyak 90 peratus daripada ekonomi di Pulau Langkawi adalah tertumpu kepada sektor pelancongan. Apabila COVID-19 melanda negara dan Pulau Langkawi ditutup sebagai pusat pelancongan, ia sangat memberi kesan kepada pengusaha-pengusaha bot dan feri yang kebiasaannya pendapatan mereka berasaskan jumlah penumpang para pelancong.
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Beliau dan #TeamMOF akan meneliti semua cadangan yang telah diutarakan dan mengimbangi dengan keperluan ekonomi negara.
