Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang bertemu Pasukan #Bajet2022

Sesi Turun Padang bertemu Pasukan #Bajet2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan turun padang untuk meninjau #TeamMOF selaku tulang belakang Kementerian Kewangan (MOF) bagi menzahirkan penghargaan kepada mereka yang bertungkus-lumus menghasilkan #Bajet2022 yang inklusif dan berimpak tinggi.

Beliau percaya untuk menjayakan sesuatu perkara, kerjasama berpasukan sangat penting. Dalam hal ini, #TeamMOF sangat komited dan bersatu padu dalam menyediakan #Bajet2022 demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga MOF di atas khidmat bakti demi #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility