Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Sesi Turun Padang di Tapak Kilang XSD International Paper, Kulim, Kedah

Sesi Turun Padang di Tapak Kilang XSD International Paper, Kulim, Kedah

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di tapak kilang XSD International Paper, sebuah syarikat kilang memproses kertas kitar semula dari China di Kulim, Kedah yang sedang dalam pembinaan dan dijadualkan dibuka tidak lama lagi.

Apabila kilang tersebut mula beroperasi nanti, ia bakal menyediakan sebanyak 2,600 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan akan membelanjakan sebanyak RM450 juta setahun di pasaran Malaysia bagi tujuan keperluan perkhidmatan dan operasi kilang. Nilai pelaburan syarikat tersebut pula adalah sebanyak RM2.1 bilion.

Pelaburan-pelaburan syarikat luar seperti ini bukan sahaja akan memberi manfaat kepada penduduk setempat tetapi juga akan menjadi ‘booster’ kepada ekonomi negara.

Beliau berharap lebih banyak pelaburan langsung asing di Malaysia seperti ini demi memacu ekonomi negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility