YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan merasmikan Program Kemerdekaan Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Kadok, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau turut berjumpa dengan para pelajar SK Kadok, para ibu bapa serta guru-guru dan sambutan kemerdekaan telah dirai dengan penuh meriah.
Dalam menyambut kemeriahan bulan kemerdekaan, beliau juga berkesempatan meminta dan bertanyakan pendapat dan pandangan untuk dijadikan input Bajet2023 di peringkat komuniti.
Sememangnya pandangan di akar umbi seperti ini amat diperlukan #TeamMOF dalam memastikan Bajet yang dirangka tidak hanya bersifat ‘kosmetik’.