YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah turun padang ke Medini Edible Park untuk meninjau agrikultur dan ‘green technology’ bagi pertanian moden. Ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk kemajuan ekonomi bidang pertanian.
Beliau turut berkesempatan melihat pemprosesan baja dilakukan untuk tanaman menggunakan sisa makanan. Dengan konsep tanaman dalam taman, kawasan tersebut berpotensi besar untuk dimajukan sebagai satu platform komuniti.
Sekuriti makanan juga merupakan salah satu perancangan Bajet 2023 bagi merapatkan jurang antara wilayah dan komuniti bagi pembangunan yang lebih inklusif dan mampan supaya dapat menyokong pertumbuhan ekonomi.